Isuramukyo
Assalamualaikum….
Saudara muslim, betapa bersyukurnya kita atas perkembangan umat Islam di Negeri yang satu ini. Negeri yang dengan kemajuan IPTEK nya namun Islam mampu menerjang hal itu. Semangat yach…
Sejarah Kedatangan Islam ke Jepang
PENGENALAN ISLAM DI NEGARA JEPANG –
PENGENALAN ISLAM DI NEGARA JEPANG –
Islam berkembang di Jepang pada tahun 1877 ketika Perang Dunia Kedua melalui hubungan diplomatik negara tersebut dengan Turki. – Penduduk negara tersebut menganggap Islam sebagai salah satu ajaran agama yang dianuti oleh penduduk di Dunia Barat. – Pada masa yang sama, kisah tentang kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan agama Islam telah mulai diterjemahkan ke dalam bahasa Jepang – Tindakan ini telah membantu Islam mendapat tempat di kalangan penduduk Jepang walaupun hanya sebagai ilmu pengetahuan dan sejarah kebudayaan dunia. – Menurut satu sumber, kini terdapat lebih dari 40 buah masjid dan 100 orgnisasi Islam di seluruh Jepang.
MENGAPA ISLAM MUDAH TERSEBAR DI JEPANG? –
Masyarakat Jepang moden kini tidak lagi mementingkan ajaran agama dalam kehidupan seharian. – Mayoritas rakyat Jepang beragama Syinto dan Buddha (atau menganut kedua-dua agama tersebut). – Terdapat juga rakyat Jepang yang menganut ajaran Kristen – Kini, hampir kesemua rakyat Jepang lemah dalam ilmu keagamaan kerana gaya hidup moden mereka yang mementingkan kehidupan di dunia. -Akibatnya, ramai masyarakat Jepang berasa hati mereka kosong dan seperti mencari ‘sesuatu’ dalam hidup mereka. – Kedatangan Islam ke Jepang telah mengisi kekosongan hati ramai rakyat Jepang dan melengkapi hidup mereka dengan memeluk Islam dengan hati yang terbuka.
BAGAIMANA ISLAM TERSEBAR DI JEPANG?
Islam tersebar di Jepang melalui 2 cara iaitu:- 1) Perkahwinan – terdapat ramai warga asing beragama Islam di Jepang (khususnya lelaki) telah mengahwini wanita tempatan dan mendorong wanita-wanita tersebut memeluk Islam. 2) Dakwah – warga asing beragama Islam yang sudah menetap di Jepang telah melakukan berbagai aktivitas dakwah dalam usaha untuk menyebarkan ajaran Islam di sana.
SIAPAKAH ORANG JEPANG PERTAMA YANG MEMELUK ISLAM?
Sehingga kini tidak diketahui siapakah warga Jepang yang pertama sekali memeluk Islam. Namun, hasil kajian menunjukkan terdapat tiga orang warga Jepang yang dikenal pasti sebagai warga Jepang terawal yang memeluk Islam. 1. Warga Jepun Muslim pertama yang pernah dicatat adalah Mitsutaro Takaoka. Beliau telah memeluk Islam pada tahun 1909 dan mengganti namanya kepada Omar Yamaoka selepas menunaikan haji di Kota Mekah. 2. Pada masa yang sama, seorang rakyat Jepang iaitu Bunpachiro Ariga telah pergi ke India untuk bertugas. Melalui dakwah dari penduduk Islam di sana, beliau telah memeluk Islam dan megganti namanya kepada Ahmad Ariga. 3. Walau bagaimanapun, kajian terbaru mendapati terdapat seorang lagi rakyat Jepang yang berkemungkinan merupakan warga Jepang Muslim pertama iaitu Torajiro Yamada. Beliau yang mengunjungi negara Turki kerana bersimpati dengan mangsa korban ‘tragedi kapal karam Ertugrul’ telah memeluk Islam di sana. Beliau mengambil nama Abdul Khalil dan dikatakan telah menunaikan haji di Kota Mekah.
BERAPAKAH JUMLAH PENDUDUK ISLAM DI JEPANG?
Sehingga kini, jumlah tepat penduduk Islam di Jepang masih tidak diketahui. Namun begitu, terdapat beberapa sumber yang mengatakan jumlah penduduk Islam di sana adalah sekitar 100,000-1,260,000 orang. Majoritas daripada mereka merupakan rakyat Jepang berketurunan bukan Jepang- kumpulan pendatang yang terdiri dari golongan pekerja atau pelajar yang menetap di Jepang dan sudah mendapat status warga negara tetap. 1) Menurut web http://www.sma-igs.net/population.html, akhbar Japan Times tahun 1997 pernah melaporkan terdapat kira-kira 100,000-150,000 warganegara Jepang yang beragama Islam dan mayoritas mereka merupakan keturunan pendatang dari negara-negara Islam yang sudah mendapat status warganegara tetap Jepun. 2) Menurut hasil kajian terbaru “An analysis of the World Muslim population by Country / Region†dari http://www.factbook.net/muslim_pop.php, kira-kira 1% atau *1,254,497 orang rakyat Jepang beragama Islam. Dalam jumlah tersebut, rakyat Jepang berketurunan bukan Jepang dari negara-negara Islam merupakan kumpulan mayoritas. 3) Dari http://boinc.mundayweb.com/one/stats.php?userID=4654 pula menunjukkan bahawa daripada jumlah keseluruhan penduduk Tokyo yang sejumlah 126,000,000 orang, kira-kira lebih dari 200,000 orang penduduknya adalah beragama Islam. *Jumlah 1,254,497 orang warganegara Jepang-Muslim adalah satu jumlah yang dianggap terlalu besar bagi sesetengah pihak dan dikatakan tidak tepat.
SEJARAH KEDATANGAN KUMPULAN PENDATANG ISLAM KE JEPANG –
Kebanyakan orang Islam di Jepang merupakan pendatang dari negara-negara Islam seperti Indonesia, Malaysia, Bangladesh, Pakistan & Iran. – Mereka datang dan menetap di Jepun pada akhir tahun 1980an iaitu ketika Jepang sedang mengalami kemerosotan ekonomi yang teruk. – Ini mendorong ramai pemilik kilang di Jepang untuk mendapatkan kerahan tenaga dari kalangan warga asing. – Jumlah pekerja Islam ke Jepang pada awalnya adalah sangat kecil tetapi setelah itu, jumlah mereka meningkat secara drastis sebanyak 10 kali lipat. – Setelah 3 tahun kedatangan mereka ke Jepang, masjid-masjid telah dibangun dengan banyaknya dalam & sekitar Bandar Raya Tokyo. – Setelah lama menetap di Jepang, ramai di kalangan warganegara Jepang Muslim dari keturunan pendatang telah mula mengadaptasikan gaya hidup masyarakat Jepang dan bahasa Jepang dijadikan sebagai bahasa pergaulan seharian. – Kini, ramai di antara mereka (golongan lelaki) yang telah menikah dengan wanita tempatan Jepang & menjadi warganegara tetap Jepang. – Mereka tidak lagi dianggap sebagai pendatang asing di mata rakyat Jepun yang lainnya dan secara perlahan-lahan mereka diterima menjadi sebahagian masyarakat Jepun. – Menurut kajian terbaru, bangsa Melayu merupakan komuniti pendatang Islam terbesar di Jepun. Orang-orang Melayu di sana berketurunan Malaysia-Indonesia-Singapura dan mereka hidup sebagai sebuah komuniti kerana adanya persamaan bahasa, budaya dan adat walaupun berlainan negara. Kedatangan pendatang Islam ke Jepun telah mempengaruhi jumlah penduduk Islam di negara matahari terbit itu. Meskipun majoriti penduduk Islam di Jepun adalah keturunan pendatang Islam tetapi terdapat peningkatan dari segi pengIslaman penduduk asal Jepun itu sendiri.
momo– 03-07-2007



sumber:
Iklan
Jun 06, 2008 @ 09:40:09
aduhhh…lagi lagi Jepang. cinta bengets ya kau dengannya??
But, aku salut pergerakan Islam disana. Meski sebagai minoritas tapi dengan semangat yang membara mampu menjadikan Islam berjaya sperti waktu Abbasiyah dulu.
Trims za dengan bgini saya jadi tau bahwa semangat membela Islam itu harus hidup dalam setiap sel tubuh seorang muslim. Allohu Akbar…
Vertarose:
Jul 13, 2008 @ 12:11:04
wah, nobi chan… lengkap yah, salut bgt nih!
Sep 12, 2009 @ 04:51:06
anda pecinta jepang juga rupanya………sama dong! mmmm…..tapi anda suka dengan musik jepang juga gak, seperti Japane Rock…………
Mar 31, 2010 @ 07:58:40
suka.tapi tetap membatasi agar tidak selalu terlena dengan musik.